Chalobah Sertai Kelab Bimbingan Cesc Fabregas
Hafiz Omar
Pertahanan kelahiran England, Trevoh Chalobah kini menjadi milik Como 1907 bimbingan Cesc Fabregas selepas menandatangani kontrak bersama kelab tersebut sehingga 2031.
Perkembangan itu sekaligus menamatkan ikatannya bersama Chelsea FC – kelab yang disertainya sejak zaman remajanya bermula usia sembilan tahun.
Como mengumumkan penyertaannya menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasminya disamping pemergiannya turut disahkan oleh Chelsea sendiri.
Sebegai rekod. Chalobah meraih debut bersama skuad senior Chelsea dalam aksi Piala Super UEFA 2021 dan berjaya menjulang trofi berkenaan selepas dipinjamkan ke beberapa buah kelab seperti Ipswich Town, Huddersfield Town dan FC Lorient.
View this post on Instagram
Tidak lama selepas itu, selepas dipinjamkan kepada Crystal Palace, Chalobah kembali semula ke Stamford Bridge dan menambah koleksi pialanya dengan meraih kejuaraan Piala Dunia Kelab FIFA dan Liga Konferens UEFA.
Sebagai rekod, Chalobah telah merekodkan lebih 150 penampilan bersama Chelsea dalam pelbagai pertandingan samada domestik mahupun peringkat eropah.
Untuk makluman, Chalobah merupakan pemain baharu yang keenam ditandatangani Como 1907 selepas mengikat Yan Couto, Kaiki Bruno da Silva, Mattia Liberali, Luis Milla dan Andres Cuenca pada jendela perpindahan kali ini.
Como 1907 menamatkan saingan Serie A musim lalu di tangga keempat dan layak beraksi dalam pertandingan paling berprestij di eropah iaitu Liga Juara-Juara UEFA (UCL).
FEATURED IMAGE: Chelsea