Pep Sertai Chelsea
Hafiz Omar
Kelab berpangkalan di London, Chelsea FC memperkukuhkan lagi benteng pertahanannya dengan menandatangani bek kiri, Pep Chavarria untuk menghadapi saingan bola sepak musim 2026-27.
Pemain berusia 28 tahun kelahiran Sepanyol itu menyertai skuad berjulukan The Blues dengan kontrak panjang yang mengekalkannya sehingga 2031.
“Ini merupakan impian saya memandangkan Chelsea merupakan satu daripada kelab terbesar di dunia. Ini merupakan peluang besar tetapi saya telah bersedia dan akan bekerja keras untuk membantu pasukan menggapai kejayaan.” kata bekas pemain Rayo Vallecano itu.
View this post on Instagram
Untuk makluman, Chavarria memulakan kariernya bersama UE Figueres – kelab divisyen keempat Sepanyol sebelum berhijrah menyertai kelab divisyen ketiga, UE Olot dan mula menjadi tonggak utama pasukan.
Pada Ogos 2020, Chavarria berpindah pula ke Real Zaragoza – pada ketika itu beraksi dalam kancah kedua bola sepak Sepanyol. Selepas dua musim, Chavarria diikat oleh kelab La Liga, Rayo Vallecano.
Sebagai tambahan, Chavarria merupakan seorang daripada anggota Rayo Vallecano yang mara ke perlawanan akhir Liga Konferens UEFA sebelum tewas di tangan Crystal Palace.
Chavarria merupakan antara pemain baharu yang ditandatangani Chelsea bimbingan Xabi Alonso selepas membawa masuk Danny Welbeck, Jordan Henderson, Marco Palestra, Morgan Rogers dan Maxence Lacroix.