Kejohanan Dunia BWF: Carmen-Xin Yee Raih Tiket Pusingan 32

August 17, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan Carmen Ting dan Ong Xin Yee yang tampil buat julung kalinya di Kejohanan Dunia BWF memulakan kempennya dengan kemenangan.

Carmen-Xin Yee yang menghuni ranking ke-23 dunia memulakan kempennya bertemu wakil Ukraine, Polina Buhrova dan Yevheniia Kantemyr – pasangan No.27 dunia.

Pasangan berusia 20 dan 19 tahun masing-masing itu menampilkan persembahan yang cemerlang untuk mengatasi Buhrova-Kantemyr menerusi skor 21-17 dan 21-12 dalam masa 33 minit.

Susulan kemenangan itu, Carmen-Xin Yee mengesahkan kemaraan ke pusingan 32.

Cabaran besar menanti Carmen-Xin Yee di peringkat seterusnya apabila pilihan kedua kejohanan dari Jepun, Yuki Fukushima dan Mayu Matsumoto menanti.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd