Batshuayi Sertai Kelab Liga Pro Saudi
Hafiz Omar

Bekas penyerang Chelsea kelahiran Belgium, Michy Batshuayi kini melanjutkan karier bola sepaknya ke Liga Pro Saudi (SPL) bersama Abha yang berjulukan Zaeem Al-Janoub.
Pendatang baharu SPL merangkap juara divisyen kedua Arab Saudi 2025-26 itu mengumumkan penyertaan penyerang berusia 32 tahun itu menerusi pelbagai akaun media sosialnya pada Isnin.
Abha mendapatkan khidmat Batshuayi secara percuma pada jendela perpindahan kali ini setelah pemain tersebut meninggalkan Eintracht Frankfurt pada penghujung musim lalu.
تلك إشـارة بـاتمـان 🦇#صيفية_أبها | #نادي_أبها pic.twitter.com/T1bLCgkrxi
— نادي أبها السعودي (@abhaFC) August 17, 2026
Batshuayi meninggalkan Eintracht Frankfurt selepas sekadar meraih sepuluh penampilan dan menjaringkan satu gol sepanjang musim lalu.
Sebelum itu, Batshuayi mewarnai kancah bola sepak Turki dengan menyertai Galatasaray, Fenerbahce dan Besiktas (secara pinjaman oleh Chelsea).
Selain Batshuayi, Abha turut mendapatkan beberapa pemain luar seperti Nabil Fekir (Perancis), Alimami Gory (Perancis), Loreintz Rosier (Perancis), Donovan Leon (Perancis) dan Abdou Diallo (Senegal) pada jendela perpindahan kali ini.
FEATURED IMAGE: Abha Saudi Club