Kelantan City Tukar Ketua Jurulatih 10 Hari Sebelum Liga Bermula

August 19, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelantan City FC (dahulunya dikenali sebagai Kelantan WTS FC) mengumumkan pelantikan pengendali baharu sepuluh hari sebelum saingan Liga A1 Semi-Pro 2026-27 membuka tirainya.

Menerusi akaun media sosialnya, skuad berpangkalan di pantai timur itu mengumumkan nama Alfredo Gonzalez sebagai ketua jurulatih sekaligus menggantikan Wanderly Machado da Silva Junior yang diumumkan sekitar pertengahan Jun lalu.

Bagaimanapun, pihak kelab tidak memecat Wanderly sebaliknya akan menyertai barisan kejurulatihan di bawah pimpinan Gonzalez untuk menghadapi cabaran musim ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kelantan City FC (@kelantan_cityfc)

Gonzalez kelahiran Uruguay dan mempunyai pasport Itali bukanlah individu asing dalam bola sepak di Negeri Kelantan.

Sebelum ini, Gonzalez pernah berkhidmat sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan FA) pada musim 2017 dan 2018.

Untuk makluman, Gonzalez akan mengendalikan perlawanan pertamanya dengan melayan kunjungan Malaysia University di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 29hb Ogos (Sabtu).

Pada minggu lalu, Pengurus Kelantan City FC, Wan Muhd Ridhuan Wan Abdullah meletakkan sasaran untuk bergelar juara bagi saingan Liga A1 musim ini.

FEATURED IMAGE: Kelantan City FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd