Pemenang Bola Emas Sertai Barcelona – Kontrak Hingga 2030
Hafiz Omar

Pemenang Anugerah Bola Emas merangkap pemain terbaik Piala Dunia FIFA 2026, Rodrigo Hernandez Cascante atau lebih dikenali sebagai Rodri menyertai kembali semula ke negara kelahirannya dengan menyertai FC Barcelona.
Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Barcelona dengan kontrak selama empat tahun yang mengekalkannya bersama skuad Blaugrana sehingga tahun 2030.
Barcelona mengumumkan penyertaan itu menerusi pelbagai akaun media sosial dan laman sesawang rasminya, awal pagi tadi. Bekas kelab Rodri, Manchester City turut mengesahkan penghijrahan bekas pemainnya itu.
View this post on Instagram
Sebagai rekod, Rodri membuka lembaran baharu bersama Barcelona selepas tujuh musim bersama Manchester City atau The Cityzen dengan membuat 298 penampilan dan menjuarai 12 kejuaraan merangkumi empat Liga Perdana, dua Piala FA, tiga Piala Liga dan Liga Juara-Juara UEFA 2023 (UCL).
Kehadiran Rodri bakal menjadi nilai tambah buat Barcelona bimbingan Hansi Flick lebih-lebih pemain kelahiran Madrid itu masih segar dengan kejayaan membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2026 pada Julai lalu.
Rodri merupakan pemain ketiga yang ditandatangani Barcelona pada jendela perpindahan kali ini selepas mendapatkan khidmat Karim Adeyemi (Jerman) dan Anthony Gordon (England).
FEATURED IMAGE: FC Barcelona