Kejohanan Dunia BWF: Pearly-Thinaah Ke Pusingan 16

August 19, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tiada masalah untuk menempatkan diri ke pusingan 16 di Kejohanan Dunia BWF 2026.

Turun selaku pilihan kelima merangkap naib juara edisi lalu, Pearly-Thinaah mara selepas mengetepikan pasangan Turki yang menghuni ranking ke-22 dunia, Bengisu Ercetin dan Nazlican Inci.

Dalam aksi itu, gandingan pemain negara yang berusia 26 dan 28 tahun masing-masing itu mencatatkan kemenangan bergaya menerusi skor 21-16 dan 21-13 dalam masa 34 minit.

Sebagai rekod, ini merupakan julung kalinya Pearly-Thinaah dan Ercetin-Inci bertembung di kejohanan antarabangsa.

Terdahulu, Pearly-Thinaah mendapat “bye” pada pusingan 64

Peringkat seterusnya, Pearly-Thinaah akan menantikan cabaran samada pilihan ke-13 dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Tria Puspitasari atau sepasang lagi gandingan dari Turki, Yasemen Bektas dan Sinem Yildiz.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Thailand

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd