Astro Bawa Seaman, Simpson Meriahkan Liga Perdana 26-27
Hafiz Omar

Astro yang menyambut ulang tahun ke-30 membawakan beberapa elemen baharu dalam menyajikan saingan Liga Perdana (PL) 2026-2027 bagi meningkatkan pengalaman peminat dan penonton bagi mengikuti kancah bola sepak yang paling diminati dunia itu.
Paling menarik, Astro akan menyerikan saingan musim ini dengan sebuah drama tempatan arahan Michael Ang yang berjudul PL, I Love You yang dibintangi oleh pemain bola sepak wanita negara, Intan Serah bersama-sama Kamal Adli, Hawa Rizwana, Evertts Gomes, Theeban G dan Nina Jasmine.
Drama terbitan Astro dengan kerjasama PL itu menceritakan kisah percintaan yang berputik dalam kalangan penyokong Arsenal dengan penampilan beberapa pemain PL. Gelanggang keramat Arsenal iaitu Stadium Emirates di London turut menjadi satu daripada lokasi penggambaran dalam drama ini.
Tayangannya dijadualkan bermula 30hb September kelak dan boleh ditonton di Astro Ria (Saluran 104), Astro Go dan Sooka.
David Seaman & Danny Simpson

Astro turut memeriahkan liputan PL 26-27 dengan membawakan penjaga gol legenda Arsenal dan skuad kebangsaan England, David Seaman ke acara tontonan bersama secara ramai-ramai melibatkan Hull City dan Manchester United di Wow Plaza, Lalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC).
Sebelum berlangsungnya perlawanan itu, para peminat dan orang ramai yang hadir berpeluang untuk meluangkan masa dan beramah mesra secara dekat dengan pemenang Liga Inggeris sebanyak tiga kali itu.
Dalam acara itu juga, Seaman menaruh keyakinan tinggi Arsenal bimbingan Mikel Arteta akan mempertahankan kejuaraan di samping meraih kemahkotaan eropah buat julung kalinya. Beliau turut membuat ramalan samada Manchester United atau Liverpool kendalian Michael Carrick dan Andoni Iraola masing-masing menjadi dua nama utam untuk merebut gelaran naib juara PL bagi musim ini.
Astro turut mengambil kesempatan dalam acara itu mengumumkan pemenang PL 15-16 bersama Leicester City, Danny Simpson sebagai penganalisis baharunya untuk memberikan ulasan taktikal dan teknikal terbaik kepada para penonton. Antara lain, Astro turut mengalu-alukan Maxis selaku penaja siaran baharu PL kali ini bersama-sama Wonda Coffee dan Zetrix oleh MYEG.
Acara Tontonan Besar

Pengalaman menonton PL tidak seharusnya terhad di rumah sahaja. Tidak terhad setakat acara tonton Hull City dan Manchester United di Lalaport, Astro telah pun bercadang untuk meneruskan acara tontonan bersama serta aktiviti menarik di seluruh negara bagi perlawanan-perlawanan lain sepanjang musim ini.
Ini membuka peluang buat penonton dan peminat bola sepak tempatan untuk merasai kemariahan PL secara beramai-ramai.
Pelanggan Astro bakal memperoleh kelebihan khas pada acara itu seperti menebus pelbagai pengalaman eksklusif menerusi aplikasi My Astro termasuk akses ke barisan hadapan, makanan dan minuman percuma serta peluang memenangi hadiah istimewa menerusi cabutan bertuah.
Penafian: Advertorial dari Astro