Ratu Pecut Terengganu Sambung Pengajian Di UC TATI
Hafiz Omar

Ratu pecut negeri Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira yang meraih tiga kilauan emas serta satu gangsa di Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 memilih menyambung pengajian di Kolej Universiti TATI (UC TATI).
Tiga keping pingat emas itu hadir menerusi acara pecut 100 meter (m), 200m dan 4x400m sementara gangsa diperolehnya melalui acara 4x100m.
Kemasukan pelari berusia 18 tahun itu dikongsikan sendiri oleh institusi pendidikan berkenaan di akaun media sosialnya pada Rabu. Dimaklumkan, Izzatul menyambung pengajian dalam bidang Diploma Sukan Rekreasi yang bertempat di Kampus Bandaraya Kuala Terengganu.
View this post on Instagram
“Kehadiran Izzatul memperkuatkan lagi barisan atlet mahasiswa UC TATI yang bukan sahaja mengejar kecemerlangan dalam akademik, malah terus membawa cabaran di pentas sukan berprestasi tinggi.” tulis universiti TVET terkemuka di Negeri Terengganu itu.
Pada 31hb Mac lalu, Izzatul yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Abdul Rahman Limbong itu memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sebelum mendaftarkan diri ke UC TATI, Izzatul sempat menyambung pengajian ke Tingkatan Enam di SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu buat seketika waktu.
FEATURED IMAGE: UC TATI