Kuching City Tambah Penjaga Gol – Haziq Aiman

August 28, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Kelab berpangkalan di Borneo merangkap naib juara Liga Super 25-26, Kuching City FC menambah seorang lagi penjaga gol ke dalam skuadnya.

Skuad berjulukan The Cats itu bertindak menambah penjaga golnya dengan mendapatkan khidmat Haziq Aiman yang berusia 21 tahun dan memiliki ketinggian 1.92 meter (m).

Penjaga gol tinggi lampai itu menyertai Kuching City bimbingan Aidil Sharin Sahak selepas meninggalkan Johor Darul Ta’zim II. Penghijrahan itu juga tiba selepas selesai tugasan bersama skuad kebangsaan dalam kancah Piala Hyundai ASEAN 2026.

Kehadiran Haziq ini menyaksikan Kuching City kini mempunyai empat penjaga gol selain Haziq Nadzli, Shahril Saari dan Wan Azraie Wan Teh.

Pertambahan pilihan di benteng terakhir pastinya memperkukuhkan lagi Kuching City lebih-lebih lagi mereka turut berentap dalam dua lagi kancah antarabangsa iaitu Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dan Kejohanan Kelab-Kelab ASEAN Piala Shopee. 

FEATURED IMAGE: Kuching City FC

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd