Masters China: Soon Huat-Shevon Tempah Tiket Pusingan 16

September 1, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu campuran No.2 negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai berhasil mengesahkan tempat ke pusingan 16 di Masters China 2026 selepas mengetepikan Chen Zhi Yi dan Francesca Corbett sebentar tadi.

Soon Huat-Shevon yang turut diletakkan selaku pilihan kelapan kejohanan mencetak kemenangan menerusi skor 21-14 dan 21-19 dalam masa setengah jam ke atas wakil dari Amerika Syarikat berkenaan.

Kemenangan itu menyaksikan Soon Huat-Shevon yang juga merupakan suami isteri telah melakar empat kemenangan berturut-turut sejak bertembung buat julung kalinya di Masters Malaysia 2026 pada Mei lalu.

Sementara itu, peringkat seterusnya, Soon Huat-Shevon akan menantikan cabaran samada daripada gandingan Malaysia-Venezuela iaitu Par Tien Ann dan Juliana Zefanya Gabriela atau beregu Jepun, Akira Koga-Natsu Saito.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd