Masters China: Gandingan Aaron Tai-Wooi Yik Langkah Kanan

September 1, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan Aaron Tai dan Soh Wooi Yik yang tampil buat julung kalinya di pentas antarabangsa bermula langkah kanan apabila mencetak kemenangan pada pusingan 32 di Masters China 2026.

Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan tersebut ketika turun bertemu beregu Jepun, Hiroki Okamura dan Kyohei Yamashita menerusi skor 18-21, 21-12 dan 21-15 dalam masa 48 minit.

Keputusan itu sekaligus membolehkannya meraih tiket ke pusingan 16 bertemu wakil tuan rumah, Chen Bo Yang dan Liu Yi – beregu lelaki No.10 dunia.

Terdahulu, Bo Yang-Yi meraih kemaraan mudah selepas lawannya, Hariharan Amsakarunan dan M. R. Arjun dari India memberhentikan permainannya ketika mendahului 11-8 pada set pertama.

FEATURED IMAGE: BWF TV

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd