Masters China: Pearly-Thinaah Kandas

September 3, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Kempen beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah di Masters China 2026 menemui penamatnya susulan tewas di tangan adik beradik Benyapa Aimsaard dan Nuntakarn Aimsaard.

Pertemuan yang berlangsung di pusingan 16 itu menyaksikan Pearly-Thinaah, pilihan kelima kejohanan, tewas selepas bertarung sengit tiga set permainan.

Kekalahan itu menjelma seawal set pertama, 16-21 sebelum bangkit pada set kedua, 21-17. Bagaimanapun, Pearly-Thinaah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Jelajah Dunia BWF Super 750 setelah terpaksa akur tewas set ketiga, 19-21.

Sebagai rekod, ini merupakan kekalahan kedua dialami Pearly-Thinaah apabila bertembung Benyapa-Nuntakarn daripada empat pertemuan di kejohanan antarabangsa.

Sementara itu, gandingan Thailand yang melakar kemenangan pada hari ini akan menantikan cabaran samada daripada beregu Jepun, Sayaka Hirota-Ayako Sakuramoto atau gandingan Amerika-Belgium iaitu Iris Wang-Yvonne Li pada suku akhir.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd