DPMM FC Berminat Ikat Penyerang Berpasport Malaysia Kelahiran Argentina
Hafiz Omar

Kelab berpangkalan di Brunei iaitu DPMM FC yang beraksi dalam kancah Liga Super, DPMM FC berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang berpasport Malaysia kelahiran Argentina, Rodrigo Holgado.
Skuad bimbingan Jamie McAllister menyatakan minatnya itu menerusi satu kenyataan media yang disiarkan di laman sesawang rasminya, pada hari ini.
Keinginan DPMM FC untuk menandatangani Holgado, 31 tahun, itu turut dipandu pengalaman luasnya beraksi di rantau Amerika Selatan.
Pada saat ini, Holgado yang bersama Coquimbo Unido dari Chile masih menjalani hukuman digantung bermain sebarang perlawanan bola sepak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan dijangka tamat pada 25hb September 2026.
Untuk makluman semua, jendela perpindahan kedua pemain Liga Malaysia 2026-27 akan dibuka bermula 5hb Januari 2027 dan ditutup pada 1hb Februari 2027.
FEATURED IMAGE: Malaysia NT