Turkish Airlines Hiasi Hadapan Jersi Liverpool Bermula Musim 2027-28

September 9, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bahagian hadapan jersi Liverpool FC bakal berubah wajah selepas 17 tahun dengan memaparkan logo syarikat penerbangan, Turkish Airlines menggantikan logo institusi kewangan, Standard Chartered.

Perkembangan itu hadir selepas skuad berjulukan The Reds mengumumkan Turkish Airlines sebagai rakan kongsi utamanya bermula 1hb June 2027.

Pemaparan logo Turkish Airlines itu tidak terhap kepada jersi skuad lelaki senior bahkan skuad wanita senior serta jersi perlawanan pemain-pemain akademinya.

Pengumuman itu menandakan babak baharu dalam sejarah pengkomersilan Liverpool dan pertukaran pertama sejak dihiasi logo Standard Chartered bermula tahun 2010.

Kerjasama ini membawa Liverpool dan Turkish Airlines berkongsi capaian antabangsa dan komitmen untuk menghubungkan orang ramai seluruh dunia.

Pangkalan penyokong Liverpool bertebaran seluruh benua sementara Turkish Airlines menghubungkan orang ramai, budaya dan destinasi seluruh dunia menerusi rangkaian meluas penerbangan antarabangsanya.

Sebagai rekod, pemaparan logo Standard Chartered pada hadapan jersi Liverpool antara yang terpanjang dalam dunia bola sepak selepas Manchester City & Etihad (sejak 2009), FC Koln & Rewe (sejak 2007), Arsenal & Emirates (sejak 2006), Rennes & Samsic (sejak 2006), Bayern Munich & T Mobile (sejak 2001), Nantes & Synergie (sejak 1996) dan Wolfsburg & Volkswagen (sejak 1991).

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd