Aidil Sholeh Juarai Saingan Terbuka Vietnam 2026

September 13, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan badminton lelaki profesional negara, Aidil Sholeh menambah satu lagi koleksi kejuaraan dalam kariernya apabila menjuarai saingan Terbuka Vietnam 2026.

Gelaran juara di kejohanan bertaraf Super 100 itu menjelma selepas Aidil berhasil mengalahkan pilihan pertama dari Singapura, Jason Teh Jia Heng dalam perlawanan akhir dengan bergaya.

Pertarungan berlangsung sengit dengan mengambil masa selama 45 minit namun Aidil hanya memerlukan dua set sahaja untuk mengalahkan Jason menerusi skor 21-16 dan 21-14.

Selaku juara Aidil meraih wang tunai sebanyak AS$9,000 (~RM36,600) serta memungut 5,500 mata.

Kejayaan itu bukan sahaja memberikan gelaran juara pertama buat Aidil pada tahun 2026 bahkan turut menamatkan kemarau kejuaraan yang berpanjangan sejak Mac tahun lalu.

FEATURED IMAGE: Aidil Sholeh Instagram

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd