Sukan Asia: Skuad Badminton Lelaki Mara Ke Suku Akhir Bertemu Indonesia

September 21, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Skuad badminton lelaki berhasil mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir dalam acara badminton berpasukan Sukan Asia 2026 selepas mengalahkan Mongolia, sebentar tadi. 

Pertarungan dengan skuad dari rantau asia timur bermula dengan Leong Jun Hao melakar kemenangan ke atas Batdavaa Munkhbat dua set berturut-turut menerusi skor 21-13 dan 21-12 dalam masa 25 minit untuk Malaysia mendahui 1-0.

Pendahuluan itu diteruskan selepas selesai pertarungan kedua dengan gandingan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menumpaskan Batdavaa Munkhbat dan Bishrelt-erdene Odbayar dengan mudah menerusi skor 21-5 dan 21-15 dalam masa 19 minit.

Keputusan itu menjadikan Malaysia mendahului 2-0 ke atas Mongolia.

Kemaraan Malaysia ke suku akhir disahkan selepas Leong Jun Hao yang menampilkan persembahan cemerlang mengalahkan Gerelsukh Jargalsaikhan menerusi skor 21-7 dan 21-5 dalam masa 25 minit.

Kedudukan 3-0 sudah memadai untuk memberikan tiket ke suku akhir dan menemukan Malaysia dengan seteru merangkap skuad negara jiran tetangga, Indonesia untuk merebut slot ke separuh akhir.

Terdahulu, Indonesia mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mendapat “bye” di pusingan pertama.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd