Josue, Syahir & Harith Ganti Aguero, Morales & Faris

September 22, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Skuad bola sepak kebangsaan berjulukan Harimau Malaya bakal mengharungi saingan Piala ASEAN FIFA 2026 dengan diperkuatkan kehadiran Paulo Josue, Syahir Bashah dan Harith Haiqal Adam Afkar.

Kapten Kuala Lumpur City FC serta pemain tengah dan pertahanan Selangor FC dipanggil oleh ketua jurulatih sementara, Tan Cheng Hoe menyertai skuad 23 pemain untuk terbang ke Indonesia, pada hari ini.

Pertukaran itu diumumkan sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan yang disiarkan di akaun media sosial Malaysia NT, sebentar tadi.

Tiga pemain daripada Senarai Bersedia itu dipanggil bagi menggantikan tempat Sergio Aguero (PSM Makassar), Romel Morales (Terengganu FC) dan Faris Danish Asrul (JDT III) yang terpaksa disisihkan berikutan mengalami kecederaan.

Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala ASEAN FIFA dengan menentang Bangladesh pada 25hb September (Jumaat) diikuti tuan rumah, Indonesia pada 28hb September (Isnin) dan terakhir, Singapura pada 1hb Oktober (Khamis).

FEATURED IMAGE: Malaysia NT

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd