Sukan Asia: Skuad Badminton Wanita Tewas 1-3 Di Tangan Korea
Hafiz Omar
Kempen skuad badminton wanita dalam acara badminton berpasukan di Sukan Asia 2026 berakhir setakat peringkat suku akhir susulan tewas di tangan juara bertahan, Republik Korea.
Malaysia ketinggalan 0-1 seawal pertarungan pertama apabila Letshanaa Karupathevan tewas kepada pemain No.1 dunia, An Se Young menerusi skor 12-21 dan 8-21.
Bagaimanapun, Malaysia berhasil menyamakan kedudukan menjadi 1-1 setelah gandingan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan mengejutkan beregu No.2 dunia, Baek Ha Na dan Lee So Hee menerusi skor 22-20 dan 21-17.
RESULTS | #AsianGames2026 | Womenβs Team | QF
MAS π²πΎ 1-3 KOR π°π·
(WS1) KOR π°π· An Se Young def. MAS π²πΎ K. Letshanaa 21-12, 21-8
(WD1) MAS π²πΎ Pearly Tan-M. Thinaah def. KOR π°π· Baek Ha Na-Lee So Hee 22-20, 21-17
(WS2) KOR π°π· Kim Gaeun def. MAS π²πΎ Wong Ling Ching 21-12, 21-18β¦ pic.twitter.com/41dl4qE4o1
β BAM (@BA_Malaysia) September 22, 2026
Pertarungan berikutnya, Korea bangkit untuk mendahului 2-1 menerusi Kim Gaeun yang menumpaskan Wong Ling Ching menerusi skor 21-12 dan 21-18.
Kempen Malaysia dalam acara berpasukan menemui noktahnya apabila gandingan Cheng Su Yin dan Low Yi Zu gagal menjinakkan pasangan No.214 dunia, Jeong Na Eun dan Kim Hye Jeong pada pertarungan keempat.
Mereka memberikan tentangan sengit dalam pertarungan itu namun terpaksa akur tewas menerusi skor 21-18, 11-21 dan 24-22 sekaligus menjadikan Korea memenangi pertarungan ini menerusi skor 4-1 ke atas Malaysia.
Korea yang melakar kemenangan akan bertembung dengan skuad tuan rumah, Jepun pada peringkat separuh akhir.