Sukan Asia: Skuad Badminton Lelaki Kandas Suku Akhir
Hafiz Omar
Perjalanan skuad lelaki negara dalam acara badminton berpasukan terhenti setakat suku akhir susulan tewas kepada Indonesia di Sukan Asia 2026.
Malaysia memulakan pertarungan dengan langkah kanan hasil kemenangan Leong Jun Hao ke atas Jonatan Christie menerusi skor 20-22, 21-12 dan 21-17.
Namun Indonesia berhasil menyamakan kedudukan pada pertarungan kedua menerusi gandingan Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri yang mengalahkan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin menerusi skor 21-15, 19-21 dan 21-10.
RESULTS | #AsianGames2026 | Menโs Team | QF
MAS ๐ฒ๐พ 2-3 INA ๐ฎ๐ฉ
(MS1) MAS ๐ฒ๐พ Leong Jun Hao def. INA ๐ฎ๐ฉ Jonatan Christie 20-22, 21-12, 21-17
(MD1) INA ๐ฎ๐ฉ Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri def. MAS ๐ฒ๐พ Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani 21-15, 19-21, 21-10
(MS2) INA ๐ฎ๐ฉ Alwiโฆ pic.twitter.com/ITQahEUfz6
โ BAM (@BA_Malaysia) September 22, 2026
Indonesia meneruskan rentetan kemenangannya pada pertarungan ketiga menerusi Alwi Farhan yang menumpaskan Justin Hoh dengan skor 21-19 dan 21-19 untuk mendahului 2-1.
Pada pertarungan keempat, gandingan Aaron Chia dan Tee Kai Wun berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 dengan menumpaskan Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin menerusi skor 17-21, 21-16 dan 21-13.
Bagaimanapun, Malaysia terpaksa akur meneruskan kemarau 12 tahun pingat emas dalam acara badminton berpasukan lelaki apabila wakil terakhir Eogene Ewe tewas di tangan Moh Zaki Ubaidillah menerusi skor 11-21 dan 11-21.
Hasil kemenangan 3-2 ke atas Malaysia, Indonesia yang melangkah ke peringkat separuh akhir akan berhadapan Thailand yang menumpaskan Chinese Taipei 3-1.