Sukan Asia: Taj Izrin Kutip Emas Kedua Buat Malaysia
Hafiz Omar
Kontinjen Malaysia kini mengutip dua emas daripada temasya Sukan Asia 2026 selepas atlet e-sukan negara, Taj Izrin Aiman menjuarai acara perlumbaan menerusi permainan Gran Turismo 7 (GT7), pada hari ini.
Atlet berusia 27 tahun berkenaan meraih pingat emas selepas mengungguli tiga perlumbaan yang berlangsung di Aichi Sky Expo dengan kutipan 36 mata secara keseluruhan.

Pungutan mata itu mengatasi tujuh pencabarnya yang lain terdiri daripada atlet dari Arab Saudi, Republik Korea, Jepun, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan Qatar.
Kejayaan Taj pada hari ini turut menobatkannya sebagai atlet e-sukan negara yang pertama yang meraih pingat emas di temasya Sukan Asia.
Kontinjen Malaysia kini mengumpul dua pingat emas selepas atlet karate wanita, Adeola Fay Robert mengungguli acara kumite wanita bawah 55 kilogram (KG) pada Selasa.
FEATURED IMAGE: Majlis Sukan Negara Malaysia Facebook