Piala ASEAN FIFA: RTM Siar Malaysia Lawan Bangladesh
Hafiz Omar

Perlawanan pembukaan Malaysia menentang pasukan No.181 dunia, Bangladesh pada peringkat Kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN FIFA 2026 akan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Stesen televisyen milik kerajaan itu mengesahkan penyiaran perlawanan berkenaan secara eksklusif menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya, sebentar tadi.
Malaysia bimbingan Tan Cheng Hoe turun ke edisi pertama Piala ASEAN FIFA dengan kehadiran dua pemain naturalisasi baharu iaitu Bergson da Silva dan Manuel Hidalgo.
Selain itu, skuad berjulukan Harimau Malaya itu turut memanggil pertahanan kelahiran Australia berketurunan Malaysia, Brad Tapp.
Sepak mula Malaysia dan Bangladesh dijadualkan pada jam 5 petang (waktu Malaysia), 25hb September (Jumaat) bertempat di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Makluman dari RTM pada hari ini pastinya memberikan kelegaan kepada peminat-peminat bola sepak tanah air yang menantikan pengumuman siaran langsung kejohanan berkenaan daripada stesen televisyen tempatan.
Sebagai rekod, penganjuran Piala ASEAN FIFA diumumkan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur, pada tahun lalu.
FEATURED IMAGE: FIFA