Klinik STL 2026 Buka Laluan Peserta Wanita Ke Kem Final
Hafiz Omar

Klinik Sepak Takraw League (STL) anjuran Astro kembali untuk musim keempat dengan julung kalinya peserta wanita turut diberi pilihan untuk dipilih ke Kem Final bersama-sama peserta lelaki terbaik.
Bagi edisi 2026, seramai 40 peserta terbaik lelaki dan wanita akan dipilih untuk menyertai Kem Final selepas melalui siri Klinik STL di enam lokasi terpilih.
Sepertimana edisi-edisi lalu, Klinik STL terbuka kepada pemain lelaki dan wanita berusia 13 hingga 17 tahun.

Selain menjalani latihan bersama jurulatih kebangsaan, peserta Klinik STL 2026 turut mendapat pendedahan kepada ilmu dan pengalaman latihan mengikut standard pemain profesional, selain berpeluang berinteraksi secara dekat dengan idola sepak takraw negara.
Pendedahan ini memberikan gambaran kepada peserta tentang tuntutan, disiplin dan persediaan yang diperlukan untuk berkembang dalam sukan ini.
Untuk makluman, Kem Final akan berlangsung di Akademi Sepak Takraw Malaysia yang dirasmikan pada awal tahun ini yang dilengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur lebih moden dan komprehensif.
Bagi yang berminat, pendaftaran Klinik STL 2026 boleh dilakukan DI SINI.
Sebagai tambahan, saingan STL musim ini akan membuka tirai bermula 6hb Oktober 2026 dan melabuhkan tirai pada 10hb Januari 2027.