Ifedayo Kembali Ke Kancah Bola Sepak Bahrain

September 29, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penyerang kelahiran Nigeria yang pernah merangkul Anugerah Kasut Emas musim 2020 dan 2021, Ifedayo Olusegun menyambung kariernya dalam kancah bola sepak Bahrain dengan menyertai Hidd SC.

Kelab Liga Perdana Bahrain itu mengumumkan penyertaan pemain berusia 35 tahun yang memiliki pasport Bahrain berkenaan menerusi satu poster yang dikongsikan di pelbagai akaun media sosialnya, baru-baru ini.

Kelab itu pernah diwakilinya ketika bermula tahun 2014 hingga 2017 dan pada 2018.

Ifedayo berhijrah ke Hidd selepas berpisah dengan Kelantan The Real Warriors FC sekitar pertengahan musim 2025-26.

Penghijrahan itu turut menoktahkan tempoh masa keduanya dalam kancah Malaysia bermula detik menyertai Selangor FC pada pertengahan tahun 2019.

Ianya diikuti dengan menyertai Melaka United, Kedah Darul Aman FC, PDRM FC dan terakhir Kelantan The Real Warriors FC. 

Untuk makluman, Hidd SC kini berada di tangga kelima selepas menggaharungi tiga perlawanan Liga Perdana Bahrain 2026-27.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd