Ronaldo Tinggalkan Portugal

October 1, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Cristiano Ronaldo melakukan tindakan mengejutkan meninggalkan skuad kebangsaan Portugal sehari sebelum bertemu Denmark dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL).

Penyerang berusia 41 tahun itu turut berkongsikan tindakannya itu menerusi satu hantaran di pelbagai media sosial rasminya, pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

“Selepas sidang media jurulatih kebangsaan dan susulan daripada perbualan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugal, saya memutuskan untuk meninggalkan kem pasukan kebangsaan.” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Bagaimanapun, pemegang kaps paling banyak di peringkat antarabangsa tidak menjelaskan keputusannya sebaliknya berjanji akan memberikan penjelasan kepada penyokong Portugal pada masa yang sesuai.

Difahamkan, situasi itu terjadi selepas timbul laporan mengenai ketegangan Ronaldo dengan pengendali Portugal, Jorge Jesus.

Pada Ahad lalu, penyerang Al Nassr hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang permainan ketika Portugal menewaskan Norway 2-1 hasil jaringan Joao Felix dan Goncalo Ramos di Stadium Ullevaal, Oslo.

FEATURED IMAGE: Selecoes de Portugal

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd