Messi Akhiri Karier Bersama Argentina Dengan 1 Gol & 2 ‘Assist’

October 7, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lapan kali, Lionel Messi secara rasminya membuat penampilan terakhirnya bersama Argentina ketika  bertemu Benin dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, pada pagi tadi.

Dalam perlawanan itu, Messi, 39 tahun, berhasil menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-71 sambil membantu Nicolas Otamendi dan Nico Paz menjaringkan gol sekaligus membantu La Albiceleste melakar kemenangan bergaya 3-0.  

Aksi itu turut menyaksikan Messi memakai lilitan lengan dan bermain 90 minit penuh sambil disaksikan sekitar 85,000 penonton yang memenuhi segenap ruang di Estadio Manumental, Buenos Aires.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Selección Argentina (@afaseleccion)

Perlawanan itu menjadi penampilan ke-208 buat Messi selepas melakukan debut ketika bertemu Hungary pada Ogos 2005 ketika berusia 18 tahun.

Secara keseluruhannya, penyerang lincah berketinggian 1.70 meter itu telah menjaringkan 126 gol serta melakukan 69 ‘assist’. Statistik itu telah membantu Argentina menjuarai Piala Dunia FIFA 2022 serta Copa America 2021 dan 2024.

Selepas pengadil perlawanan dari Chile, Fernando Vejar meniup wisel menamatkan permainan, Messi tampil di hadapan penyokong dan menyampaikan ucapan perpisahan dalam suasana penuh emosi disusuli dengan persembahan dron yang menghiasi langit malam Buenos Aires.

FEATURED IMAGE: AFA – Seleccion Argentina Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd