Kane Menyamai Rekod Shilton, 125 Penampilan Bersama England

October 7, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penyerang Bayern Munich, Harry Kane kini menyamai rekod yang dipegang oleh penjaga gol, Peter Shilton iaitu penampilan terbanyak bersama pasukan kebangsaan England.

Pemain berusia 33 tahun itu merekodkan 125 penampilan bersama skuad berjulukan Three Lions selepas turun menentang Republic Czech dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL), pada pagi tadi.

Dalam perlawanan terbabit, Kane beraksi cemerlang dengan mencetak dua gol pada minit ke-40 dan ke-57 masing-masing membantu England melakar kemenangan 3-0 ke atas Czech di Stadium Wembley.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harry Kane (@harrykane)

Dua gol itu turut mengukuhkan lagi kedudukan Kane selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman England dengan rekod 91 gol.

Kane berpeluang untuk meraih penampilan ke-126 jika diturunkan ketua jurulatih pada perlawanan menentang Croatia pada 13hb November kelak. 

Sebagai rekod, Shilton memegang rekod penampilan terbanyak selepas beraksi buat kali terakhir bersama England bertemu Itali pada perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia FIFA 1990. 

FEATURED IMAGE: England Football Team Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd