Arteta, Arsenal Kekal Bersama Sehingga 2030

October 8, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pengendali kelahiran Sepanyol, Mikel Arteta nampaknya akan kekal bersama kelab berpangkalan di Kota London iaitu Arsenal sekurang-kurangnya selama empat tahun lagi.

Perkembangan itu hadir selepas Arsenal mengumumkan Arteta telah menandatangani kontrak baharu selaku pengurus di kelab berkenaan bagi tempoh sehingga Jun 2030.

Lanjutan kontak buat pengendali berusia 44 tahun itu hadir selepas membimbing Arsenal mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan menjuarai Liga Perdana (PL) musim lalu. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arsenal (@arsenal)

Arsenal turut menyatakan kontrak baharu itu mencerminkan perkongsian kepercayaan atas kemajuan yang telah dicapai dan kejayaan musim lalu yang menjadi titik mula bagi tempoh istimewa dalam sejarahnya. 

Sebagai rekod, Arteta menjadi pengurus ketujuh dalam sejarah Arsenal bergelar juara England. Itu juga merupakan kejuraan PL yang keempat sejak ianya diperkenalkan bermula tahun 1992.

Untuk makluman, Arteta mula membimbing Arsenal pada Disember 2019 dan kini telah mengendalikan 361 perlawanan kompetitif secara keseluruhan – merekodkan 62.05% kemenangan – peratusan yang meletakkannnya sebagai pengurus sepenuh masa terbaik dalam sejarah The Gunners.

FEATURED IMAGE: Arsenal

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd