Pedro Umum Persaraan Pada Usia 39 Tahun

October 8, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemenang Piala Dunia FIFA 2010 bersama Sepanyol, Pedro menoktahkan karier sebagai pemain bola sepak profesional pada usia 39 tahun.

Pemain kelahiran Santa Cruz de Tenerife itu mengumumkan keputusannya itu menerusi satu video yang dimuat naik di akaun media sosialnya, pada Rabu.

“Telah tiba masanya untuk saya melangkah ke hadapan dan memulakan babak baharu dalam hidup.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pedro Rodriguez Ledesma (@_pedro17_)

“Saya berbangga dengan diri sendiri kerana dapat menggapai impian dan kepada semua yang berada di sisi menjadikannya ia sebagai realiti,” tulisnya.

Selain bersama Sepanyol, pemain sayap berketinggian 1.69 meter ini cukup diingati sebagai sebahagian daripada anggota FC Barcelona yang mendominasi bola sepak Sepanyol dan eropah.

Pedro juga pernah berkelana di England dengan menyertai Chelsea FC dan berhasil menjulang trofi Liga Perdana (PL) dan Piala FA di bawah bimbingan Antonio Conte dan Maurizio Sarri.

Keputusan untuk bersara sebagai pemain bola sepak ini dilakukan Pedro selepas bergelar ejen bebas susulan penamatan kontrak bersama Lazio pada penghujung musim 2025-26.

Featured Image: UEFA

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd