Max Dowman Pegang 3 Rekod Dunia

October 9, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Max Downman yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-17 pada 31hb Disember kelak secara rasminya memegang tiga rekod dunia selepas mendapat sijil pengiktirafan oleh Guinness World Record. 

Pemain sayap berketinggian 1.83 meter itu menerima pengiktirafan tiga rekod dunia itu semasa melakukan 13 penampilan bersama Arsenal sepanjang musim 2025-26.

Pertamanya, Dowman memegang rekod sebagai Pemain Termuda Tampil Di Liga Juara-Juara UEFA (UCL) selepas masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Slavia Prague pada 4hb November 2025 ketika berusia 15 tahun dan 308 hari.

Penampilannya itu memecahkan rekod yang dipegang oleh Youssoufa Moukoko yang bermain bersama Borussia Dortmund ketika berusia 16 tahun dan 18 hari.

Keduanya, Downman kelahiran Chelmsford memegang Penjaring Gol Termuda (Bola Sepak) Liga Perdana ketika meletakkan bola ke dalam gawang semasa menentang Everton semasa berusia 16 tahun dan 73 hari.

Terdahulu, rekod itu dipegang oleh James Vaughan ketika berusia 16 tahun dan 270 hari ketika mewakili Everton menentang Crystal Palace pada April 2005.

Terakhir akhir sekali, kejayaan Arsenal menjuarai PL selepas 22 tahun penantian turut menyaksikan Dowman muncul sebagai Pemain Bola Sepak Termuda Memenangi Liga Perdana pada usia 16 tahun dan 144 hari.

Usia itu mengetepikan pemegang rekod sebelumnya, Phil Foden ketika menjuarai PL bersama Manchester City ketika berusia 17 tahun dan 350 hari.

FEATURED IMAGE: Arsenal

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd