Malaysia Naib Juara Piala Suhandinata 2026
Hafiz Omar
Skuad remaja negara terpaksa akur dengan gelaran naib juara dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia Berpasukan Campuran 2026 atau Piala Suhandinata 2026 selepas tewas kepada China.
Perlawanan akhir yang berlangsung pada awal pagi Ahad di Mesir itu menyaksikan Malaysia tewas dengan keputusan 2-1 menerusi format relay 55 mata.

Pada pusingan pertama, Malaysia tewas 46-55 di tangan China sebelum bangkit pada pusingan kedua menerusi skor 55-53 sekaligus mengheret permainan ke pusingan penentuan.
Akan tetapi, China berhasil mengesahkan gelaran juara, yang kedua berturut-turut selepas memenangi edisi tahun lalu, selepas menoktahkan pusingan penentuan menerusi skor 55-45.
Walaupun tewas, kemaraan Malaysia ke perlawanan akhir merupakan satu pencapaian yang bermakna dimana ianya penampilan pertama selepas sembilan tahun.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia