Coventry City Catat Kemenangan Sulung PL Di Laman Sendiri Selepas 25 Tahun
Hafiz Omar

Coventry City FC berjaya merekodkan kemenangan sulung selepas tempoh 25 tahun dalam kancah Liga Perdana (PL) di lamannya sendiri dalam selepas mengejutkan Newcastle United, awal pagi tadi.
Kelab bimbingan Frank Lampard itu melakar kemenangan bersejarah itu dengan keputusan 4-1 hasil gol cetakan Jack Rudoni (6’), Sidki Cherif (48’), Ellis Simms (81’) dan Stephen Mfuni (86’).
Sementara itu, Newcastle United pula meraih gol saguhati menerusi Sven Botman (70’).
View this post on Instagram
Itu juga merupakan kemenangan kedua berturut-turut dilakar pendatang baharu PL selepas menewaskan Nottingham Forest pada 20hb September lalu.
Hasil kemenangan itu membolehkan Coventry keluar daripada zon penyingkiran dan menghuni tangga ke-14 liga selepas mengharungi enam perlawanan musim ini.
Kali terakhir Coventry mencatatkan kemenangan di tempat sendiri dalam kancah PL adalah ketika menewaskan Sunderland 1-0 pada April 2001.
FEATURED IMAGE: Coventry City FC