19 Gol Memisahkan Cristiano Dengan Angka 1,000

October 13, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Cristiano Ronaldo kini telah menjaringkan 981 gol sepanjang karier seniornya selepas merembat masuk bola ke dalam gawang pada separuh masa pertama ketika bertemu Neftchi Fergana, awal pagi tadi.

Gol menerusi ledakan dari dalam kotak penalti itu membantu Al Nassr bimbingan Ange Postecoglou mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas kelab dari Uzbeksitan dalam Liga Juara-Juara Elit AFC (ACLE).

Itu juga merupakan kemenangan sulung Al Nassr dalam kempen ACLE musim ini selepas memulakan kempen dengan langkah kiri tewas 4-1 di tangan Al Ain FC dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), sekitar pertengahan September lalu.

Untuk makluman, penyerang sayap berusia 41 tahun kelahiran Portugal itu hanya memerlukan 19 gol sahaja lagi untuk menggenapkan keseluruhan jaringan kariernya kepada 1,000 gol.

Sebelum ini, Cristiano meletakkan sasaran memburu 1,000 gol sebelum bersara sebagai pemain bola sepak profesional.

FEATURED IMAGE: Al Nassr Saudi Club

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd