Harimau Malaya Lawan China & Yaman Bulan November
Hafiz Omar

Pasukan kebangsaan berjulukan Harimau Malaya nampaknya tidak akan menentang China sebanyak dua kali pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA bagi September 2026.
Sebaliknya, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan berhadapan China, ranking ke-96, serta pasukan dari rantau asia barat iaitu Yaman, ranking ke-144, pada 14hb dan 17hb November masing-masing.
Sebagai perbandingan, Malaysia kini berada di ranking ke-133 dunia.
View this post on Instagram
Perkembangan itu hadir selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima makluman terkini daripada Persatuan Bola Sepak China (CFA) berhubung perubahan jadual perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Guangzhou, China.
Menurut laporan media antarabangsa, China mengatur penganjuran sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa empat penjuru pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada bulan hadapan. Dipercayai, sebuah lagi pasukan yang akan menyertai kejohanan itu adalah Bahrain – penghuni ranking ke-97.
Pada penghujung September lalu, Presiden FAM, Dato’ Ab Ghani Hassan mendedahkan perancangan awal Harimau Malaya pada November adalah menentang China sebanyak dua kali di Guangzhou.
Perlawanan itu sebahagian daripada perancangan FAM untuk memberikan Harimau Malaya pendedahan kompetitif di peringkat antarabangsa serta memperkukuhkan kedudukan skuad kebangsaan dalam Ranking Dunia.
FEATURED IMAGE: Farhan Alias / PPMH Active