Perlumbaan F1 Kembali Ke Afrika Mulai 2030 – Perjanjian 10 Tahun

October 13, 2026
Formula 1

Hafiz Omar

Formula 1 (F1) akan kembali ke benua Afrika buat kali pertama sejak tahun 1993 selepas negara di benua afrika timur, Rwanda memeterai perjanjian selama 10 tahun bersama penganjur perlumbaan itu.

Perjanjian itu menyaksikan African Grand Prix (GP) dibawakan oleh Visit Rwanda akan menyertai kalendar perlumbaan F1 seawal 2030-an.

Menurut penganjur, perlumbaan itu akan berlangsung di sebuah litar baharu mematuhi piawaian FIFA Gred 1 yang akan dibina di Bugesera – berjarak 40 kilometer (KM) dari ibu negaranya, Kigali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FORMULA 1® (@f1)

Dimaklumkan litar itu akan dibina bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kigali yang baharu.

Pembinaan litar baharu itu sebahagian daripada projek pembangunan sukan, pelancongan, infrastruktur dan komersial yang diketuai Rwanda Development Board.

Sebagai rekod, perlumbaan F1 terakhir berlangsung di benua berkenaan adalah GP Afrika Selatan yang menyaksikan Alain Prost muncul juara.

Untuk makluman, Rwanda pimpinan Paul Kagame sebelum ini giat menganjurkan acara antarabangsa khususnya berkaitan sukan dengan jayanya seperti Kejohanan Dunia Jalan Raya UCI, Trofi Cabaran Wanita ICC, Kongres FIFA 2023, Liga Bola Keranjang Afrika, Perhimpunan Agung FIA 2024 dan Majlis Anugerah FIA.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd