Terbuka Denmark: Aaron-Roy King Bertembung Aaron-Wooi Yik Di Pusingan 16
Hafiz Omar
Beregu negara yang menjuarai Terbuka Artik pada Ahad lalu, Aaron Tai dan Yap Roy King berhasil meneruskan momentum kemenangannya pada aksi sulung di Terbuka Denmark 2026, hari ini.
Aaron-Roy King melakar kemenangan itu ketika bertemu gandingan baharu namun berpengalaman dari Republik Korea iaitu Kang Min-hyuk dan Lee Jong-min pada pusingan 32.
Bagaimanapun, gandingan negara yang menghuni tangga 116 dunia itu bermula dengan langkah kiri. Mereka terlebih dahulu tewas set pertama 13-21 sebelum bangkit memenangi set kedua 21-18 sebelum menoktahkan permainan menerusi skor 21-19 pada set ketiga.
VICTOR Denmark Open 2026
MD – R32
🇲🇾Aaron TAI🏅
13 21 21 🇲🇾Roy King YAP🏅
🇰🇷KANG Min Hyuk
21 18 19 🇰🇷Jong Min LEE🕚 in 57 minutes
— BWFScore (@BWFScore) October 14, 2026
Hasil kemenangan itu, Aaron-Roy King meraih tiket ke pusingan 16 bagi Jelajah Dunia BWF Super 750.
Akan tetapi, kemaraan itu juga membawa mereka bertemu beregu lelaki No.1 negara yang kembali bergandingan semula dalam sirkit Jelajah Dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
VICTOR Denmark Open 2026
MD – R32
🇲🇾Aaron CHIA🏅
21 14 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅
🇯🇵Takuro HOKI
19 21 11 🇯🇵Yugo KOBAYASHI🕚 in 51 minutes
— BWFScore (@BWFScore) October 13, 2026
Sebelum itu, gandingan Aaron-Wooi Yik berhasil mara ke peringkat yang sama selepas mengetepikan juara bertahan dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi menerusi skor 21-19, 14-21 dan 21-11.
Untuk makluman, Aaron dan Wooi Yik bergandingan semula selepas berpisah seketika waktu bermula Jun lalu – sebahagian daripada eksperimen Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mencari kombinasi baharu menuju ke temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Thailand