Terbuka Denmark: Pang Ron-Pei Jing Singkir Pilihan Kelima

October 15, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing mara setapak lagi dalam saingan Terbuka Denmark 2026 selepas mengalahkan pilijan kelima dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran, sebentar tadi.

Pang Ron-Pei Jing melakar kemaraan bergaya dalam pertembungan tersebut dengan menumpaskan Dechapol-Supissara secara dua set berturut-turut menerusi skor 21-7 dan 21-11 dalam masa 24 minit.

Hasil kemenangan itu, Pang Ron-Su Yin berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terakhir bagi Jelajah Dunia BWF Super 750 berkenaan.

Mereka akan menantikan cabaran samada daripada pilihan keempat dari Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue atau beregu Jepun, Akira Koga dan Natsu Sato untuk merebut tiket ke peringkat separuh akhir.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd