Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik Ketepikan Aaron-Roy King
Hafiz Omar

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang bergandingan semula nampaknya tidak mempunyai masalah untuk mengetepikan cabaran beregu senegara yang masih segar dengan kejayaan meraih kejuaraan Terbuka Artik 2026, Aaron Tai dan Yap Roy King.
Pertembungan yang berlangsung di pusingan 16 itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik berhasil mengalahkan Aaron-Roy King menerusi skor 21-18 dan 21-11 dalam masa 33 minit sahaja.
Kemenangan itu sekaligus membawa Aaron-Wooi Yik ke peringkat suku akhir bertemu Hiroki Okamura dan Kyohei Yamashita dari Jepun di Jelajah Dunia BWF Super 750 berkenaan.
Terdahulu, Okamura-Yamashita berhasil mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir selepas menumpaskan Hu Ke Yuan dan Lin Xiang Yi dari China menerusi skor 23-21 dan 21-12 dalam masa 37 minit.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Thailand