Terbuka Denmark: Aaron-Wooi Yik Uji Beregu No.1 Dunia
Hafiz Omar
Beregu lelaki negara yang kembali bergandingan semula, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan beregu lelaki No.1 dunia, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae pada separuh akhir Terbuka Denmark 2026.
Ulangan pertemuan separuh akhir Kejohanan Dunia BWF 2026 itu terhasil selepas Aaron-Wooi Yik melakar kemenangan ke atas Hiroki Okamura dan Kyohei Yamashita dari Jepun, sebentar tadi.
Dalam pertarungan tersebut, Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai pilihan keempat tidak mempunyai masalah untuk menumpaskan wakil Jepun yang berada di tangga ke-41 dunia menerusi skor 21-16 dan 21-18 dalam masa 38 minit.
#DenmarkOpen2026
MD | QF
#MAS 🇲🇾 Aaron Chia-Soh Wooi Yik 4️⃣ def. #JPN 🇯🇵 Hiroki Okamura-Kyohei Yamashita 21-16, 21-18
⏱️ 38 mins
World No. 4 Chia-Soh overcame the Japanese duo in straight games to secure their place in the semi-finals! 🔥💪🏻
#GemilangkanLagi
#BadmintonMalaysia
#DemiMalaysia— BAM (@BA_Malaysia) October 16, 2026
Sementara itu, Won Ho-Seung Jae merangkap juara dunia 2025 pula menempah tiket separuh akhir di Jelajah Dunia BWF Super 750 berkenaan susulan mengalahkan beregu ke-19 dunia juga dari Jepun, Kakeru Kumagai dan Hiroki Nishi menerusi skor 21-5 dan 21-17.
Berdasarkan rekod, Aaron-Wooi Yik telah berentap menentang Won Ho-Seung Jae sebanyak lima kali di pelbagai kejohanan antarabangsa. Namun begitu, rekod itu memperlihatkan Won Ho-Seung Jae lebih hebat di gelanggang dengan melakar tiga perlawanan berbanding Aaron-Wooi Yik yang sekadar meraih dua kemenangan.
Namun begitu, kejayaan menumpaskan Won Ho-Seung Jae di separuh akhir kejohanan dunia pada Ogos lalu, pertemuan terakhir mereka, pastinya masih segar dalam ingatan Aaron-Wooi Yik.
Pertemuan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik meraih kemenangan menerusi skor 21-17 dan 21-18 dalam masa 43 minit – memberikan mereka tiket ke perlawanan akhir Kejohanan Dunia BWF 2026.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia