Pearly-Thinaah Juarai Terbuka Denmark 2026
Hafiz Omar

Beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan menambah satu lagi kejuaraan peribadi dalam koleksi apabila muncul memenangi Terbuka Denmark 2026, pada Ahad.
Gandingan berusia 26 dan 28 tahun masing-masing itu meraih gelaran Jelajah Dunia BWF Super 750 berkenaan selepas mengalahkan Hinata Suzuki dan Nao Yamakita dari Jepun menerusi skor 21-18 dan 21-11 dalam masa 36 minit.
Keputusan itu sekaligus menoktahkan kemarau kejuaraan hampir sepuluh bulan selepas memenangi Masters Indonesia 2026, sekitar penghujung Januari lalu.
Pada masa yang sama, Pearly-Thinaah turut meraih ganjaran lumayan dengan membawa pulang AS$70,300 (~RM286,859.15) serta memungut 11,000 mata untuk dimasukkan dalam kiraan pelbagai ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Sebagai tambahan, gelaran Terbuka Denmark 2026 ini merupakan kejuaraan individu keenam dalam yang dimenangi Pearly-Thinaah selepas Masters Kumamoto Jepun 2025, Terbuka Artik 2025, Terbuka Hong Kong 2024, Terbuka Perancis 2022 dan Terbuka Swiss 2021.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia