Aaron-Wooi Yik Naib Juara Terbuka Denmark 2026
Hafiz Omar

Gandingan semula Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menamatkan kempen Terbuka Denmark 2026 selaku naib juara selepas tewas perlawanan akhir kepada Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri dari Indonesia.
Pertarungan itu berakhir dengan Aaron-Wooi Yik kalah 8-21 pada set pertama diikuti 11-21 pada set kedua dalam masa 31 minit bertempat di SJF Bank Arena, Odense, pada Ahad.
Persembahan yang dipamerkan Aaron-Wooi Yik dalam perlawanan tersebut berbeza dengan aksi bertenaga yang dipersembahkan ketika separuh akhir menumpaskan beregu No.1 dunia, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae menerusi skor 21-14 dan 21-18 dalam masa 38 minit.
Bagaimanapun, ini merupakan gelaran naib juara kedua diraih gandingan semula Aaron-Wooi Yik selepas tampil semula di Kejohanan Dunia BWF pada Ogos lalu.
Kejohanan seterusnya, Aaron-Wooi Yik akan beralih ke saingan Terbuka Perancis 2026 yang akan membuka tirainya pada Selasa (20hb Oktober).
Mereka akan memulakan kempen Jelajah Dunia BWF Super 750 itu dengan bertemu He Ji Ting dan Ren Xiang Wu dari China.
FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia