Ranking BWF: Juara Terbuka Denmark Kini No.4 Dunia
Hafiz Omar

Beregu wanita negara yang menjuarai Terbuka Denmark 2026, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan kini berada di posisi No.4 dunia – meningkat satu anak tangga berbanding minggu lalu.
Perkembangan itu hadir selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskininya pada hari ini dimana kejuaraan yang dirangkul pada Ahad lalu memberikannya tambahan 11,000 mata.
Penambahan itu sekaligus membolehkan pasangan berusia 26 dan 28 tahun masing-masing itu mengumpul 84,500 mata secara keseluruhan.
Terdahulu, Pearly-Thinaah berjaya meraih gelaran juara di Jelajah Dunia BWF Super 750 berkenaan selepas mengalahkan Hinata Suzuki dan Nao Yamakita dari Jepun menerusi skor 21-18 dan 21-11.
Kali terakhir Pearly-Thinaah menduduki tangga keempat dunia adalah sekitar awal Jun lalu.