Ranking BWF: Aaron-Wooi Yik Kekal Di Tangga Keempat Dunia

October 20, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Kedudukan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam Ranking Dunia nampaknya tidak berganjak biarpun menamatkan saingan Terbuka Denmark 2026 selaku naib juara.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang melakukan kemaskini terhadap Ranking Dunia mengekalkan Aaron-Wooi Yik di tangga keempat sama seperti minggu lalu.

Bagaimanapun, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin yang mara sehingga separuh akhir Terbuka Denmark pada Sabtu lalu merekodkan peningkatan satu anak tangga sekaligus menduduki tangga kelima dunia bagi minggu ini.

Menariknya, sepasang lagi beregu negara iaitu Aaron Tai dan Yap Roy King yang menjuarai saingan Terbuka Artik sekitar dua minggu lalu secara rasminya memasuki kelompok 100 terbaik dunia pada minggu ini.

Perkembangan itu hadiri susulan peningkatan sebanyak 21 anak tangga yang meletakkan mereka di tangga ke-95 dunia selepas mengumpul 17,251 mata.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd