Sukan Para Asia: Liek Hou Tempah Tiket Separuh Akhir

October 21, 2026
Sukan Para

Hafiz Omar

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berhasil mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir dalam acara perseorangan lelaki SU5 di Sukan Para Asia 2026.

Pemain berusia 38 tahun melangkah ke peringkat berkenaan selepas menumpaskan rakan senegara, Mohamad Faris Ahmad Azri di Gimnasium Ichinomiya, sebentar tadi. 

Liek Hou merangkap pemenang pingat perak edisi lalu hanya memerlukan 27 minit untuk mengalahkan Faris menerusi skor 21-12 pada set pertama diikuti 21-20 pada set kedua.

Sementara itu, menantinya di peringkat separuh akhir adalah Li Mingpan dari China. 

Terdahulu, Mingpan menempatkan diri ke peringkat separuh akhir susulan menewaskan wakil India, Ruthick Ragupathi menerusi skor 21-19 dan 21-14 dalam tempoh 37 minit.

Berdasarkan rekod, Liek Hou pernah bertembung Mingpan sebanyak satu kali sebelum ini. Bagaimanapun, rekod itu tidak berpihak kepada Liek Hou dimana Mingpan melakar kemenangan 25-23, 9-21 dan 21-14.

FEATURED IMAGE: Majlis Sukan Negara Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd