Sukan Para Asia: Kecederaan Kekang Liek Hou Rebut Emas

October 22, 2026
Sukan Para

Hafiz Omar

Cheah Liek Hou terpaksa akur melepaskan peluang untuk merebut pingat emas dalam acara perseorangan lelaki SU5 di temasya Sukan Para Asia 2026 berikutan terpaksa menarik diri di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Pemain berusia 38 tahun berkenaan membuat keputusan itu pada set ketiga ketika ketinggalan 7-11 kepada wakil China, Li Mingpan ekoran kecederaan hamstring.

Sebelum itu, Liek Hou telah memenangi set kedua menerusi skor 21-11 selepas memulakan set pertama dengan kekalahan 13-21 kepada Mingpan.

Ekoran keputusannya untuk memberhentikan permainan dan menarik diri, Liek Hou juga terpaksa berpuas hati dengan kepingan gangsa daripada acara ini.

Pada edisi lalu, Liek Hou menamatkan acara perseorangan lelaki SU5 dengan kepingan perak selepas tewas kepada Dheva Anrimusthi dari Indonesia dalam perlawanan akhir.

Bagaimanapun, Liek Hou telah menyumbang emas di temasya kali ini menerusi acara beregu lelaki SU5 bersama-sama Mohamad Faris Ahmad Azri.

FEATURED IMAGE: Majlis Sukan Negara Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd