Terbuka Silicon Valley: Sivasangari Bertembung ‘Giant Killer’ Di Separuh Akhir
Hafiz Omar
![]()
Perseorangan wanita skuasy No.1 negara, Sivasangari Subramaniam akan membuat perhitungan dengan pemain muda dari India, Anahat Singh di peringkat separuh akhir Terbuka Silicon Valley 2026 untuk merebut tiket ke perlawanan akhir.
Anahat, 18 tahun, mendapat label “giant killer” selepas mengejutkan pilihan pertama kejohanan merangkap juara dunia sebanyak lapan kali, Nour El Sherbini pada pusingan kedua, awal pagi Rabu (waktu Malaysia).
Result: @SVOpenSquash 2026 Women’s QF
🇮🇳 @Anahat_Singh13 beats [6] Salma Hany 🇪🇬
3-2: 4-11, 11-8, 4-11, 11-2, 11-5 (42m)📝 Live updates 👉 https://t.co/ZfiBIEN7nb https://t.co/nYGIoRCC97
— PSA Squash Tour (@PSASquashTour) October 22, 2026
Pada peringkat suku akhir pada awal pagi tadi, Anahat meneruskan momentum kemenangannya dengan menyingkirkan pula pilihan keenam kejohanan, Salma Hany menerusi skor 4-11, 11-8, 4-11, 11-2 dan 11-5 dalam masa 42 minit sekaligus meraih tiket ke separuh akhir.
Sementara itu, Sivasangari pula berhasil berhasil mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir selepas menumpaskan rakan sengara, Rachel Arnold dengan mudah menerusi skor 11-7, 11-5 dan 11-6 dalam masa 24 minit.
Berdasarkan rekod, Sivasangari pernah bertembung Anahat sebanyak dua kali sebelum ini. Kedua-dua pertemuan di Skuasy Klasik London 2026 dan Terbuka British 2025 menyaksikan kemenangan berpihak kepada Sivasangari.
FEATURED IMAGE: PSA Squash Tour