Mbappe Rekod 100 Gol Bersama Real Madrid

October 26, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis, Kylian Mbappe kini merekodkan satu lagi pencapaian baharu dalam kariernya apabila merekodkan 100 gol selepas tampil sebanyak 116 kali bersama Real Madrid.

Angka 100 itu muncul selepas penyerang berusia 27 tahun itu meledak dua gol dalam pertembungan El Classico menentang Barcelona di Camp Nou, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Jaringan pada minit ke-41 dan ke-87 turut membantu Real Madrid bimbingan Jose Mourinho mencetak kemenangan kelapan dalam saingan La Liga musim ini.

Bagaimanapun, Barcelona kendalian Hansi Flick masih menghuni puncak La Liga dengan kutipan 27 mata selepas mengharungi 10 perlawanan diikuti Atletico Madrid (25 mata) serta Real Madrid (24 mata).

Sementara itu, cetakan 100 gol itu meletakkan Mbappe di tangga ke-23 dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Real Madrid. Antara nama lain yang memiliki 100 gol bersama Real Madrid ialah Fernando Morientes.

FEATURED IMAGE: Real Madrid CF

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd