Piala Carabao: Kelab Divisyen 4 Kejutkan Arsenal

October 28, 2026
Bola Sepak

Hafiz Omar

Juara bertahan Liga Perdana (PL), Arsenal terlepas peluang untuk menjulang trofi Piala Carabao musim ini apabila dikejutkan oleh kelab divisyen keempat, Fleetwood Town FC, pada awal pagi tadi.

Pertembungan pusingan keempat yang berlangsung di Stadium Highbury itu menyaksikan tewas menerusi penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan 5-3 berpihak kepada Fleetwood Town.

Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas beraksi 90 minit masa permainan sebenar hasil jaringan Aaron Laupalo-Bi (21’) dan Viktor Gyokeres (50’).

Perlawanan itu turut dihiasi dengan layangan kad merah oleh Michael Salisbury kepada Max Dowman pada minit ke-86 sekaligus memaksa anak-anak buah Mikel Arteta beraksi dengan 10 pemain sehingga tamat permainan.

Kemenangan bersejarah itu membawa Fleetwood Town yang kini berada di tangga ke-18 League Two ke peringkat suku akhir Piala Carabao.

Lawan bagi Fleetwood Town akan diketahui menerusi majlis undian yang akan dijalankan selepas selesai aksi melibatkan Chelsea dan Liverpool, pada pagi Khamis.

FEATURED IMAGE: Carabao Cup Facebook

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd