Terbuka HYLO: Carmen-Xin Yee Lepasi Pusingan 32

October 28, 2026
Badminton

Hafiz Omar

Gandingan Carmen Ting dan Ong Xin Yee memulakan kempen Terbuka HYLO 2026 dengan langkah kanan selepas menumpaskan Abbygael Harris dan Estelle Van Leeuwen pada pusingan 32, pagi tadi.

Pertarungan yang berlangsung di Saarlandhalle Saarbrücken itu menyaksikan beregu wanita No.2 negara menumpaskan wakil England dengan mudah menerusi skor 21-12 dan 21-17 dalam masa 35 minit.

Kemenangan itu membawa mereka bertemu pilihan kelapan kejohanan dari Hong Kong, Yeung Nga Ting dan Yeung Pui Lam pada pusingan 16 di Jelajah Dunia BWF Super 500 terbabit.

Terlebih dahulu, Nga Ting-Pui Lam mara selepas menyingkirkan Lin Chih-Chun dan Yang Chu Yun menerusi skor 21-13 dan 21-9.

Sementara itu, sepasang lagi wakil negara iaitu beregu lelaki, Aaron Tai dan Yap Roy King turut sama meloloskan diri ke pusingan 16 selepas mengetepikan Malik Bourakkadi dan Kenneth Neumann dari Jerman.

Pusingan seterusnya, Aaron-Roy King akan bertembung pilihan pertama kejohanan iaitu Sabar Karyawaman Gutama dan Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia.

FEATURED IMAGE: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd