Kimi Antonelli Juara Dunia F1 Termuda Dalam Sejarah

November 2, 2026
Formula 1

Hafiz Omar

Pemandu Mercedes-AMG, Kimi Antonelli mengesahkan gelaran juara dunia Formula 1 (F1) musim 2026 selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Mexico City di tempat ketiga pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Kedudukan tempat ketiga itu membolehkan pemandu berusia 20 tahun kelahiran Itali yang bermula dari P4 itu memungut 15 mata sekaligus mengumpul 380 mata secara keseluruhan dalam carta pemandu.

Pungutan mata itu tidak dapat dipintas lagi oleh pencabar terdekatnya iaitu Max Verstappen (Red Bull Racing, 261 mata), Lewis Hamilton (Ferrari, 259 mata) dan rakan sepasukannya, George Russell (Mercedes-AMG, 250 mata).

Kejuaraan itu menyaksikan Antonelli yang berlumba musim keduanya dalam perlumbaan F1 menempa beberapa sejarah baharu seperti bergelar juara dunia F1 termuda dalam sejarah dan muncul sebagai pemandu Itali pertama meraih kejuaraan dunia F1 selepas 73 tahun.

Perlumbaan seterusnya adalah Brazilian GP dan Las Vegas GP yang dijadualkan berlangsung pada 9hb dan 22hb November masing-masing. Sementara itu, perlumbaan Qatar GP dan Abu Dhabi GP masih belum dipastikan susulan ketidakstabilan di Asia Barat.

FEATURED IMAGE: Mercedes-AMG Petronas F1 Team

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd